Monday 4 July 2011

Sekali Lagi The Best =)

Assalamualaikum Korangg~~

Meh sini meh den nak kongsi cerita yang baru den tengok ini. Hari ini den & the geng dok pegi tengok movie yang baru keluar minggu lepas ini. Sekali Lagi *cinta itu milik kita* suweettt kann... auummm auummm~



Jom kita review sinopsis cita ini sikit ok..

Arman (Shaheizy Sam) yang menghidapi penyakit autisme *terencat* merupakan suami kepada Shila (Lisa Surihani) pada suatu ketika dahulu. Disebabkan ibu Arman yang tidak menyukai Shila,Arman terpaksa menceraikan Shila dan pulang ke pangkuan ibunya.

Amy (Mia Sara) adalah anak kepada Shila dan Arman. tetapi Amy telah menganggap bapanya telah meninggal dunia. Takdir telah menentukan mereka untuk bertemu. Arman dan Amy menjadi kawan baik setelah Amy menyelamatkan Arman dari menjadi mangsa ragut.

Persahabatan meraka sangat akrab dimana Amy selalu memberi pendapat dan menjadi pendengar setia kepada Arman. lama kelamaan persahabatan mereka mendapat tentangan dari Shila yang menganggap bahawa Arman ada niat jahat terhadap mereka.

Nak tahu cerita selanjutnya sila la pergi ke pawagam dan saksikan sendiri yewww. Malas la nak cita panjang panjang hehe. 

Ok,keseluruhan cita ini memang best. Ada scene lawak,sedih, dan yang paling penting scene romantik harus hado ye. Hehe

Scene yang paling best masa Arman dan Shila main air pancut tah kat mana tah. part tu memang romantik giler korang. rasa macam nak buat dengan boyfren sendiri je. Muahaha *gedik disitu yeehhh

Aku bagi 4/5 untuk Sekali Lagi. Tak rugi duit kalau tengok. but kalau nak feeling lebih pegi la tengok dengan buah hati pengarang jantung pisang korang. baru dapat effect romantik tuh. Hehe

till here,Bye Korangg !!

2 comments:

  1. semua review pun mcm best. npe 4/5? kenape bukan 5? hehehe

    ReplyDelete
  2. sebab ending die cam xbest sbb xb'same balik dgn Arman..hehe

    p la tgk cepat..hehe

    ReplyDelete