Sunday 31 July 2011

do it before SAHUR :)




Korang semua mesti buat benda ni sebelum sahur nanti ok. Jangan buat disiang hari pulak..


  • Jangan lupa niat ye. Niat tu penting.
*Jangan bagi alasan begini "Aku lupa lah dah niat ke belum." so sebelum tidur niat siap siap ok. :)


  • Korek hidung korang tu kasik bersih dari segala harta karun yang ada ok. Jangan waktu siang korang dengan selamber badak gemuk korang korek hidung. 
*Jangan bagi alasan begini "Eh,aku lupa lah aku puasa hari ni"


  • Jangan lupa korek telinga yang banyak emas tu k. Korek jangan tak korek wehh. HAHA
*Jangan bagi alasan begini "Alamak,aku tak sengaja lah"


  • Gosok gigi sebelum dan selepas makan sahur. Ataupun sebelum terbit matahari. Sebab kalau korang gosok gigi lepas terbitnya fajar dah dikira makruh. Kalau dah makruh kan dah kurang pahala puasa kita. kan kan..
*Jangan bagi alasan begini "Ala,aku tak nak mulut aku berbau busuk"


  • Jangan lupa mandi wajib sebelum nak sahur. Baru la segala ibadat diterima ALLAH.
*Jangan bagi alasan begini "Aku tak puasa hari ni. Asal lak? sebab aku tak mandi wajib lagi lah"


  • Jangan pulak korang sengaja kentut dalam air. Memang batal lah kalau dengan sengajanya korang buat.
*Jangan bagi alasan begini "Tak boleh kentut dalam air eah? aku tak tahu pun"


Sekian,Terima Kasih.. 


Saturday 30 July 2011

:: Cinta vs Sayang vs Suka vs Minat ::

Assalamualaikum semua.

Hari ni just nak share apa perbezaan antara Cinta,Sayang,Suka & Minat:-

  •  Cinta ialah perasaan dimana kita mengharapkan seseorang tu menjadi hak milik terpelihara kita. Kekadang tu apa yang kita buat atau apa yang dia buat kita nak dia amik tahu. Dan kalau boleh kita tak nak sakitkan hati dia langsung kan. *tapi aku bukan macam ni la kan.muahaha* dan yang paling penting 24 jam kita nak dok pikiaq pasal dia je. *cinta punya pasal semua pun boleh kannn*  :)

Other meanings: Cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan dia sepenuh jiwa raga even dia buat tak tahu je. 

  • Sayang pula ialah perasaan bila kita memerlukan dia di masa kita perlukan seseorang untuk kita meluahkan rasa suka dan duka. Biasanya kita akan sayang seseorang tu bila dia menjadi PENDENGAR SETIA *yang tak bergaji* segala masalah kita. 

Other meanings: Sayang ditujukan kepada seseorang yang sanggup meluangkan masa dengan kita. Tanpa rasa bosan bila dengar masalah kita.

  • Suka ialah bila kita sukakan dia sebab dia kelakar,hensem/cantik. Dia happy-go-lakibini. Bila dia ada dengan kita,kita tak kan rasa sedih langsung sebaliknya rasa nak tergelak sampai nak terkoyak mulut. *boleh ker?? haha * 
Other meanings: Kita suka berkawan dengan dia tak lebih dari tu.

  • Minat ialah bila kita tertarik dengan gaya or perangai dia. kalau boleh kita nak ikut macam dia. kita nak dekat dengan dia dengan lebih rapat.
Other meanings: Minat kepada peribadi,sifat ataupun barang yang kita mahukan.


Last but not least SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat Islam di Malaysia dan diseluruh dunia.


Bubye Korangg !!


Wednesday 27 July 2011

:: Kawan Sebilik, Sekatil, Sebantal, Sebilik Air & So On ::

Hye Koranggg !!!

Hari ini mood rajin aku tiba tiba datang untuk mengHAPDATE belog yang dah lama menyepi. Ok,aku tak nak cita panjang panjang. Cuma nak cerita pasal roommate aku je. Saja nak bagi dieorang glamour kejap kat belog aku. HAHA


Before that,gamba owner belog harus hado okeyh :-



Kawan aku bercerita suka & duka :-


Anum 'RAFFALI' =__=

Kawan aku gaduh & usik mengusik :-


mmbe aku yang pompuan tu ye -__-


Kita akan bersama selama 3tahun kat hostel yang macam surga impian ni ok.. Kalau tak bergaduh sehari memang tak sah. Haha ~~

Till here,Bubye Koranggg !!

Tuesday 19 July 2011

Tercapai Juga Hajat ^_^

Assalamualaikum koranggg~~

Akhirnya dapat juga aku tengok Monte Carlo yang dah lama keluar actually. lambat bebenor kan baru nak tengok. haha pape jela asalkan dapat tengok. =)


Selena Gomes aka Selena Goles
*selena goles ni membe aku yg nyebutnye*


Banyak panggung aku dah pegi tapi tak semua panggung ada cita ni. Bak kata orang tua tua la kn *Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih* aku gagahkan juga diri pegi sunway piramid semata mata nak tengok cita ni.. Nampak tak aura monte carlo tu. hahaha

Sampai sampai je cita dah start 5minit. Tapi tak pela asalkan tengok jugak. Menghayati cerita sambil makan Hot Dog 1909. Hot dog dia bukan main besaq kauu. Agak gelojoh disitu ye bila makan dalam gelap dan tak de sapa2 yang nampak. Hiraukan orang nak kata hape. haha

Dalam wayang tu yang tengok masing masing dengan couple diaorang.. Tapi aku dengan member. Tak pe,tak penting pun sume tuh. Kalau bawak pun mesti Bf korang tertidur masa tengok. Sebab cita ni more tu gegurl la sikit.. tapi mana yang tak nak kecewakan hati GF tu gagahkan jugak mata yang kuyu dibukak luas luas,besor besor. Haha

Pape pun Monte Carlo sangat best la bagi yang berjiwa ala ala Princess. hehe

Till here,Mercy kepada yang sudi baca blog yang tak seberapa ni. =)

Bubye Korangg !!

Saturday 9 July 2011

:: You Make Me Crying Again Mr.Barney ::

~~ DEAR GOD ~~

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

Well, some search never finding a way
Before long they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in to selfish ways
And how I miss someone to hold when hope begins to fade

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find


i really miss and love our relationship


p/s : Thanks for everything Mr.Barney..i love you so much more n more..

Wednesday 6 July 2011

You Are My Lovely Bestfriend Yow~~ ;)

Assalamualaikum..

Hari ni saya buat entry ini khas untuk awak. Sebab ape? sebab saya nak awak tahu yang saya appreciate apa yang awak buat selama perkenalan kita ni. hehe

10 tahun kita kenal macam baru setahun je rasa kan. Kejap je dah 10 tahun. Sepanjang tempoh tu macam macam kenangan kita buat right. meh kita imbas kenangan dolu dolu k. hehe *gedik*


* ingat lagi tak macam mana kita mula mula kenal dulu? kita main bola sama sama,main jatuhkan selipar Jepun + selipar Malaysia sama sama. riuh macam dah lama kenal je. hehe saya rindu kat kawan kawan yang lain la.. =)


*Ingat tak awak selalu call saya kat public phone sampai syiling awak habis? masa tu zaman comot comot kita non hado handphone lagi,so public la jadi penghubung kan. sweet sangat time tu.. masing2 malu nak cakap. hehe


*then,kita main balas balas surat yang tah pape kita tulis. sampaikan ada posmen yang tak berbayar lagi kan. haha


*after kita dapat result UPSR kita dah lost contact. masing masing buat haluan sendiri. saya ingat kan awak dah lupakan saya. tapi jodoh kita still panjang sampai kan kita boleh contact lagi. kali ni contact guna handphone dah. public phone dah dilupakan.. kan kan..


*bertahun tahun kita tak penah jumpa samapi suatu hari tu kn.. =_=


So,until now kita still jadi kawan baik aka teman tapi mesra kan. Saya rindu waktu kita kecik kecik dulu. banyak memory. kalau boleh kita terus be a friend sampai bila bila ok..

p/s : always keep this memory in ur dairy ok..

Bye koranggg !!

Monday 4 July 2011

Sekali Lagi The Best =)

Assalamualaikum Korangg~~

Meh sini meh den nak kongsi cerita yang baru den tengok ini. Hari ini den & the geng dok pegi tengok movie yang baru keluar minggu lepas ini. Sekali Lagi *cinta itu milik kita* suweettt kann... auummm auummm~



Jom kita review sinopsis cita ini sikit ok..

Arman (Shaheizy Sam) yang menghidapi penyakit autisme *terencat* merupakan suami kepada Shila (Lisa Surihani) pada suatu ketika dahulu. Disebabkan ibu Arman yang tidak menyukai Shila,Arman terpaksa menceraikan Shila dan pulang ke pangkuan ibunya.

Amy (Mia Sara) adalah anak kepada Shila dan Arman. tetapi Amy telah menganggap bapanya telah meninggal dunia. Takdir telah menentukan mereka untuk bertemu. Arman dan Amy menjadi kawan baik setelah Amy menyelamatkan Arman dari menjadi mangsa ragut.

Persahabatan meraka sangat akrab dimana Amy selalu memberi pendapat dan menjadi pendengar setia kepada Arman. lama kelamaan persahabatan mereka mendapat tentangan dari Shila yang menganggap bahawa Arman ada niat jahat terhadap mereka.

Nak tahu cerita selanjutnya sila la pergi ke pawagam dan saksikan sendiri yewww. Malas la nak cita panjang panjang hehe. 

Ok,keseluruhan cita ini memang best. Ada scene lawak,sedih, dan yang paling penting scene romantik harus hado ye. Hehe

Scene yang paling best masa Arman dan Shila main air pancut tah kat mana tah. part tu memang romantik giler korang. rasa macam nak buat dengan boyfren sendiri je. Muahaha *gedik disitu yeehhh

Aku bagi 4/5 untuk Sekali Lagi. Tak rugi duit kalau tengok. but kalau nak feeling lebih pegi la tengok dengan buah hati pengarang jantung pisang korang. baru dapat effect romantik tuh. Hehe

till here,Bye Korangg !!