Monday 17 October 2011

We Learn, We Do, We Care


Pernah tak korang terfikir untuk menjadi jururawat? mungkin tak kan? jadi nurse ni kan cuci kencing berak orang je.. busuk,geli, tak sanggup kan? meh sini aku share something sikit pasal peranan seorang yang bergelar JURURAWAT.. 

PERTAMA sekali, sekiranya korang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba korang bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


KEDUA, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri korang andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah korang pada waktu itu dan apakah yang akan korang lakukan?


Bagaimana korang akan melaksanakan tanggungjawab korang sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

KETIGA, korang seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah korang sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan korang.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun korang dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

  • Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.


  • Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.


  • Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.


  • Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.


  • Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.


  • Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.


  • Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.


  • Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.


  • Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.


  • Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.


  • Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.


  • Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

  • Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.



Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.


  • Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.


  • Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.


  • Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.


  • Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.


  • Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.


  • Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.


  • Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.


  • Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.



Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?




Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku just nak berkongsi je.. SHARING IS CARING kan so tak salah la kan.. 99% apa yang tertulis kat atas ni memang betul semua nurse buat.. and akan terjadi dekat aku jugak 2 tahun akan datang after graduate.. Hopely,tak ada masalah pada aku nanti sebab dah praktis dari sekarang..




 KAMI BUKAN MAHUKAN PENGHARGAAN, tetapi KAMI HANYA MAHU DIHARGAI





caring from the heart


till here,
thank you.. -_____-

Thursday 6 October 2011

ASET PERTAMA, INSYAALLAH !!

Assalamualaikum !!


Hari ini aku rasa rajin pulak nak update blog.. Tu pun sebab ada idea datang kalau tak haromm la aku nak membebel..



Entry kali ni aku nak cakap pasal kereta.. ini bukan pasal kereta kuda, kereta sorong or kereta ku bawa ke sekolah ye.. hehe tapi pasal kereta yang aku teruja nak beli akan datang *bila dah cukup duit nanti*


Actually,ni cita pasal kereta idaman aku.. kalau jumpe kereta ni memang aku akan jadi jakun duapuluhsaat sambil berkata *comelnye kete tuh. bila la boleh dapat keta mcm tuh*



First,kereta yang aku memang suka gila vavasss ni sangat la mahal ye.. boleh botak kepala la nak cukupkan duit tabung untuk beli kereta ni.. nampak je kereta kecik tapi harga dia mahal bebenorr.. tapi memang patut kot harga mahal sebab kereta ni comel lotey..



mini cooper di HATI ku

* gila comel weh ini keleta.. kalau tak dapat beli,dapat naik pon jadi la kan.. hihi *



Then,pilihan kedua kereta SWIFT.. kalau tak dapat kereta mini cooper tu dapat swift pon ok what.. sama sama kecik, sama sama comel.. padan la dengan size aku yang katek ni.. HAHA



swift di MINDA ku



Pilihan terakhir kalau tak dapat kereta kat atas ni,beli kereta lama pon tak pela kan.. janji dia ada mirip, iras, sipi sipi dengan kereta mini cooper & swift.. kecomelan wajah kereta tu still hado hokeyh..




kelisa di MATA ku


* Gambar di copy dari hincik google, Sume keta nak wana pink kan..gasak lerr..HAHA *
p/sss: kena start menabung dari sekarang ni.. :)



Sekian,Terima Kasih

Saturday 1 October 2011

AKU TERPAKSA



Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada




Wednesday 28 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY - SOCIOLOGY

Assalamualaikum semua~~



Wordless Wednesday aku hari ni nak cita pasal subjek baru yang aku belajar untuk sem 3.. Subjek SOCIOLOGY ni memang best aku habaq kat hangpa.. Enjoy habis belaja subjek ni.. Banyak aktiviti yang tutor suruh buat.. Ni ada la sekeping dua tiga gambar semperna TRADISIONAL CUSTOMS RUNWAY..




Kenapa TRADISIONAL CUSTOMS RUNWAY ?? nampak macam pelik je bunyinya kan.. Haa,meh sini aku nak habaq ape ke bende TCR ni.. TCR tu kteorang kena pakai baju tradisional masing masing.. Sebab kelas aku 1 Malaysia.. Melayu, Cina, India ada so kena la tunjuk baju tradisi kaum masing masing..




So keluar la saree, cheongsam, baju kurung, baju melayu, dotti and etc yang sudah sekian lama dok teperap dalam lemari tu.. Then kena buat fashion show mengikut baju yang kteorang pakai.. Kena buat "kucing jalan" (catwalk) wahhhh bukan senang nak tunjuk bakat macam ni.. haha




Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar.. * majlis berjalan ke berlangsung? erkk, sama je kan.. janji ada yang faham cukup la.. hahaha



Terimalah pencuci mata untuk korang.. :)




* wajib dimulakan dengan gambar tuan punya tanah ni hokeyh.. *sila tutup mata klu rasa meluat hahaha










roommateKU 









classmate yang happening



Last but not least,


with my twins ;)

Till Here,
Sekian Terima Kasih..

Sunday 25 September 2011

Mungkin Yang Terakhir




kalau nak dengar open new tab okeyh,.klik je kat tajuk tu..


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Tuesday 20 September 2011

I'M SORRY MR. BARNEY

Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana mahu kau kembali kepadaku, tetapi kerana akhirnya aku menyedari bahawa aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi..








Kamu.. boleh aku bertanya..?
Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?



Kamu.. boleh aku bercerita..?
Aku disini tidak berhenti memikirkanmu.. Aku merindui kenangan yang telah kita bina bersama.. Aku merindui  gelak tawamu, usikan manjamu.. Tapi, semua itu hanya tinggal kenangan.. Aku sedang belajar untuk melupakan semuanya even bagiku ianya amat sukar untuk ku lakukan..



walaupun aku masih menyayangi kau,
walaupun aku masih memerlukan kau,
walaupun aku masih mengharapkan kau,
walaupun setiap hari aku merindui kau,
tetapi aku terpaksa menerima kenyataan ini..



p/sss : kalau ada jodoh kita jumpa lagi..

Thursday 15 September 2011

National day's + 1 Malaysia

Assalamualaikum semua..



Hari ini mood rajin aku dah datang.. So,akan terhasil la sebuah blog yang dah lama bersawang ni.. wah,bersawang macam kulit bawang lah muahaha



Ok,back to the point.. Hari ini my college ada buat SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI 1 MALAYSIA.. So bila dah ade majlis-majlis rasmi macam ni mesti la ada competition kan.. Aku punya kelas ada amik bahagian koir semperna merdeka..




Ramai yang buat persembahan dengan baik.. Even my group tak menang tapi kita semua dah buat yang terbaik..masuk untuk hantar wakil je.. bak kata orang menang atau kalah tu kan adat pertandingan..





Aku pon malas nak menaip panjang berjeler dan berjuntai so aku pertonton kan gambar masa majlis tadi..


Terimalah.. jeng jeng jeng ~~~



capital M for MYERA


♥ MALAYSIA 


1 MALAYSIA


♥ gegel sume * kiss ckit mwaaah *


L.O.V.E.R






♥ M * like this pic hokeyh*





Lastly,untuk korang yang baca blog aku ni.. hehe


LOVE you all


Till here,sekian terima kasih..

Wednesday 14 September 2011

Kehidupan Kita Memerlukan Pedoman


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan,
senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan,
simpan…jadikan TAULADAN..
segala yang kau pandang dan dengar,
simpan…buat PEDOMAN..





Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu,
Perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera..







Kegagalan pertama tidak bermaksud akan terus gagal selamanya..
Tetapi ianya akan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya..







1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya,
tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan..







Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh,
kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain,
tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..






Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan..
Tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan..






Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam,
ianya wujud tapi amat sukar dilihat..
Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya..




Last but not list " YANG BAIK JADIKAN TELADAN,YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN "


Monday 22 August 2011

keranaMU aku hidup & keranaMU jua aku kembali




Kerana jahil silaulah mata
Oleh gemerlap dan indahnya dunia
Kuturuti nafsu angkara murka
Seakan dunia tiada fana

Kini kusedari
Sejauh apapun kaki ini kulangkahkan
Tak kan mampu aku menghindariMu
Kemanapun wajah ini kupalingkan
Tak kan lepas aku dari tatapanMu

Alangkah pekatnya noda
Hitamnya tiada tara
Betapa rugi yang ku derita
Semoga taubatku kan Kau terima

Wahai Penguasa alam semesta
Aku lemah tiada berdaya
Duhai Pencipta seisi jagat raya
Ampuni aku atas segala dosa..

AMIN YA RABBAL ALAMIN


Thursday 11 August 2011

~~Berkawan Biar Beribu,Berkasih Biar Satu~~

Hari hari aku tak akan ceria tanpa meraka :

Dimulakan dengan gamba owner ye.. muahahaha














Kila 

Qina 

Pijot

Teman adalah tempat untuk mencurahkan isi hati atau bertukar fikiran. Adanya teman memang diperlukan, terlebih kerelaannya untuk mengambil risiko dalam memberikan penyelesaian terhadap apa yang diutarakan.


Teman yang baik, bukan hanya sekadar untuk memberikan tanggapan terhadap segala apa yang diutarakan. Tapi teman yang baik adalah teman yang sanggup berkorban demi temannya itu. 


Teman yang tak pernah menilai dengan wang atau harta. Ia ibarat matahari yang mampu memberikan sinaran yang terang. Ia selalu berkata jujur dan dapat berkata benar.


Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir,
tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal,
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin..


THANKS YOU ALL ~~