Wednesday 14 September 2011

Kehidupan Kita Memerlukan Pedoman


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan,
senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan,
simpan…jadikan TAULADAN..
segala yang kau pandang dan dengar,
simpan…buat PEDOMAN..





Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu,
Perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera..







Kegagalan pertama tidak bermaksud akan terus gagal selamanya..
Tetapi ianya akan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya..







1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya,
tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan..







Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh,
kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain,
tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..






Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan..
Tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan..






Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam,
ianya wujud tapi amat sukar dilihat..
Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya..




Last but not list " YANG BAIK JADIKAN TELADAN,YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN "


No comments:

Post a Comment