Monday 17 October 2011

We Learn, We Do, We Care


Pernah tak korang terfikir untuk menjadi jururawat? mungkin tak kan? jadi nurse ni kan cuci kencing berak orang je.. busuk,geli, tak sanggup kan? meh sini aku share something sikit pasal peranan seorang yang bergelar JURURAWAT.. 

PERTAMA sekali, sekiranya korang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba korang bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


KEDUA, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri korang andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah korang pada waktu itu dan apakah yang akan korang lakukan?


Bagaimana korang akan melaksanakan tanggungjawab korang sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

KETIGA, korang seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah korang sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan korang.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun korang dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

  • Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.


  • Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.


  • Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.


  • Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.


  • Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.


  • Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.


  • Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.


  • Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.


  • Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.


  • Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.


  • Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.


  • Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

  • Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.



Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.


  • Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.


  • Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.


  • Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.


  • Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.


  • Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.


  • Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.


  • Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.


  • Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.



Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?




Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku just nak berkongsi je.. SHARING IS CARING kan so tak salah la kan.. 99% apa yang tertulis kat atas ni memang betul semua nurse buat.. and akan terjadi dekat aku jugak 2 tahun akan datang after graduate.. Hopely,tak ada masalah pada aku nanti sebab dah praktis dari sekarang..




 KAMI BUKAN MAHUKAN PENGHARGAAN, tetapi KAMI HANYA MAHU DIHARGAI





caring from the heart


till here,
thank you.. -_____-

No comments:

Post a Comment